Meraka yang telah mendapat vaksinasi lengkap boleh mendapatkan sijil vaksinasi melalui format PDF dengan mencetaknya bagi kegunaan rentas negeri mahupun negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, aplikasi berkenaan kini memberikan berbagai kemudahan kepada pengguna termasuklah menawarkan tarikh lahir penggunanya.

“Kemaskini terbaharu di MySejahtera menunjukkan tarikh lahir dan membolehkan rakyat dan pelancong antarabangsa mencetak sijil menerusi format PDF,” ciapnya.

Ciapan itu dibuat sebagai membalas hantaran seorang pengguna Twitter @khairycordoba yang menjelaskan sijil digital boleh disimpan menerusi format PDF.

Tamat.