Melalui satu gerak kerja Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tekah menzahirkan lima SOP baru yang perlu dipatuhi lo tempat kuarantin serta perkhidmatan kanak-kanak positif mahupun kontak rapatnya.

Timbalan Menterinya, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata pelaksanaan kuarantin golongan dewasa dan kanak-kanak adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, KKM mengambil inisiatif mewujudkan ruang kuarantin khas untuk kanak-kanak di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

“Kementerian pula bekerjasama dengan JKM serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyediakan SOP bagi tempat kuarantin dan perkhidmatan kepada golongan kanak-kanak terbabit,” katanya di sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Dato’ Razali Idris yang meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat kuarantin khas untuk kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 bagi memastikan isu kebajikan dan perkembangan emosi sosial mereka tidak terjejas.

Menurutnya, lima SOP berkenaan ialah pertama, pengurusan kanak-kanak positif Covid-19 di PKRC MAEPS Serdang; kedua, pengurusan penerimaan kes kanak-kanak positif Covid-19 di pusat kuarantin kanak-kanak di PKRC; ketiga, pengurusan discaj kanak-kanak di Covid-19 di pusat kuarantin kanak-kanak di PKRC.

Katanya, SOP keempat ialah pengurusan kes kanak-kanak kontak rapat pesakit Covid-19 di pusat isolasi pusat jagaan tanpa penjaga dan kelima, pengurusan kes kanak-kanak kontak rapat pesakit Covid-19 di pusat isolasi ISM bersama penjaga.

Siti Zailah berkata, JKM turut menawarkan perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak di pusat kuarantin seperti peralatan bantuan bagi menjalankan sesi kaunseling di Pusat Kuarantin Khas Kanak-Kanak PKRC MAEPS yang dikendalikan oleh kaunselor KKM.

Katanya perkhidmatan intervensi psikologi dan kaunseling seperti kaunseling individu, kelompok dan terapi psikologi juga ditawarkan.

“Turut disediakan ialah intervensi krisis dan sokongan psikologi intervensi termasuk pengurusan tekanan dan trauma serta pertolongan cemas psikologi, selain perkhidmatan psikopendidikan, Program Psiko-Spiritual serta Terapi Seni

Tamat