Penubuhan Kaukus Medical Cannabis bagi mengkaji mengawal selia penggunaan kanabis juga akan digunakan dalam penggunaan ketum bagi menolak semua kemudharatan bahan berkenaan sebagai satu bentuk perubatan yang diiktiraf Di negara ini.

Beberapa ahli Parlimen bersetuju dengan kenyataanya berkenaan dan ia bertindak sebagai salah satu usaha bipartisan yang murni dalam merangka dasar dan strategi untuk mengkaji kawal selia penggunaan ketum dan ‘medical cannabis’ bagi mengurangkan kemuradaratan.

“Sebagai sebahagian dari rangka kerja awal, Kaukus Medical Cannabis akan bertemu dengan kumpulan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan berkaitan dan kementerian yang terlibat bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, hasil daripada penubuhan, Kaukus Medical Cannabis akan hadir dengan draf cadangan untuk perhatian kerajaan Malaysia bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan ‘medical cannabis’ dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara.

“Ini juga selaras dengan usaha untuk mengembangkan industri ketum dan ‘medical cannabis’ di Malaysia yang boleh memberi manfaat kepada industri kesihatan negara dan rakyat tempatan.

Tamat