Tiada siapa sangka, kebahagian sesebuah keluarga tujuh direntap ranap hanya kerana asbab COVID 19 mengorbankan kedua ibu-bapa mereka.

Dalam usaha mengutip sisa sisa kekuatan untuk mendepani arus depan, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali melalui setiausaha beliau Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamarudin turun menyantuni keluarga ini.

Menurutnya salah seorang dari 5 beradik yang menjadi yatim piatu akibat Covid-19 ini adalah murid Pasti Lestari Putra.

Murid Pasti Lestari Putra, adik Muhammad Hawwas kehilangan ibunya, Ida Haryanie, 38, pada Khamis lalu manakala bapanya, Mohd Nasir Tahal, 46, meninggal dunia dua bulan lebih awal selepas menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Ida Haryanie yang juga anak sulong dan surirumah manakala Mohd Nasir seorang kontraktor meninggalkan lima anak, Muhammad Hadhrami, 11; Husna Humaira, 9; Muhammad Harraz, 7; Muhammad Hawwas, 6 dan Hannan Humaira, 3.

Hadramani berkata, dia amat berterima kasih walaupun masih berundang duka atas pemergian kedua ibu-bapanya.

“Sukar untuk dinafikan, perasaan sedih itu tidak dapat disembunyikan, apatah lagi kehilangan kedua ibu-bapa serentak dalam tempoh masa yang dekat.

“Alhamdulillah, kami lima beradik yakin Allah sentiasa membantu kami yang menjadi yatim piatu ini, dengan kehadiran pihak bermurah hati seperti Dr Khairuddin.

Hadir sama Ustaz Mohd Fauzi, Ustaz Harmi Aman Razali dan Ustaz Zamani Al Besuty.

Tamat