Hanya ucapan sekalung tahniah dapat dizahirkan kepada pihak polis apabila menyantuni seorang lelaki yang dikatakan tidak normal bersolat di tengah jalan raya.

Berdasarkan klip video tular berkenaan, pihak polis trafik mengawal lalu lintas dan tetap menghormati lelaki berkenaan solat di tengah Jalan Kucing semalam.

Video yang berdurasi selama 29 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang bersolat di atas jalan raya sambil tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Anggota polis trafik yang berada di situ terpaksa memantau lalu lintas yang sesak itu gara-gara tindakan lelaki tersebut.

Tindakan anggota polis trafik berkenaan juga turut meraih pujian ramai kerana menunggu lelaki tersebut selesai solat sambil mengawal lalu lintas di jalan berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berkenaan siapa atau apa masalah lelaki itu, namun video berkenaan telah menjadi tular di media sosial.

Tamat