Seakan tidak percaya, jika sebelum ini musafir perlu membawa sejadah sendiri bagi menunaikan solat masjid mahupun surau. Tetapi kini tidak lagi apabila satu cetusan ilham bagi mencipta Sejadah Mesra Musafir ini diciptakan.

Sejadah berkenaan diperbuat daripada bahan ‘Nonwoven Polypropylene’ (NWPP) yang mesra alam itu adalah sumbangan daripada dermawan dan jemaah masjid berkenaan.

Kemudahan ini setakat ini disediakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini bagi kegunaan musafir untuk menunaikan solat.

Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Badli Shah Aladdin berkata
idea ini timbul selepas melihat keperluan jemaah yang kebanyakannya dalam kalangan musafir tidak membawa sejadah sendiri.

“Kalau sebelum ini, pihak masjid hanya menyediakan kemudahan seperti menjual sejadah baharu kepada jemaah dengan kadar bayaran minimum RM10 ringgit dan menawarkan sejadah terpakai kepada mereka yang tidak membawa sejadah.

“Tapi kini, kita menyediakan sejadah pakai buang atau ‘single use’ kepada musafir yang datang dan mahu mengerjakan solat di masjid terbabit. Inovasi ini kita ambil daripada masjid di Turki dan Istanbul memandangkan kedua-dua negara ini, banyak menyediakan kemudahan sedemikian kepada para pelancong yang datang ke sana,” katanya ketika ditemui di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Jumaat.

Tamat