Kaedah dan strategi Malaysia menurunkan kadar jangkitan COVID-19 berjaya mengejutkan dunia apabila dapat mengawal penularan pendamik berkenaan secara cepat sekali gus dapat membuka ruang ekonomi.

Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata, kejayaan ini adalah hasil kejayaan bersama di dorong oleh pengorbanan yang tinggi oleh semua pihak.

“Kejayaan vaksinasi ini telah membuahkan hasil apabila kes kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima ke hospital mencatat penurunan ketara. Selain sektor kesihatan, perkara ini turut menjadi berita gembira buat sektor ekonomi negara.

“Selari dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini lebih banyak kelonggaran diberikan kepada sektor ekonomi untuk beroperasi. Perkembangan ini sedikit sebanyak membantu ekonomi Malaysia yang dijangka pulih secara kukuh tahun depan dengan berkembang 6.7 peratus sejajar pemulihan serantau dan global.

“PICK yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri ke-8 pada 24 Februari 2021 dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion asalnya menyasarkan vaksinasi 80 peratus populasi dewasa menjelang Februari 2022. Namun hasil kerja keras bersama, perkara ini berjaya dicapai lebih awal iaitu pada 21 September 2021 katanya.

Menurut beliau, selain mengejar matlamat utama menurunkan kadar jangkitan dan mempertingkatkan kadar vaksinasi vaksinasi rakyat, soal sosial juga turut diberikan perhatian sepenuhnya.

“Sektor sosial juga turut diberi perhatian dengan kebenaran rentas negeri di seluruh negara akan diumumkan dalam tempoh terdekat setelah vaksinasi negara mencapai 90 peratus.

“Kejayaan mengimbangi krisis kesihatan sosial serta ekonomi menerusi strategi pemberian vaksinasi ini adalah hasil kesungguhan serta kerjasama seluruh Keluarga Malaysia. Teruskan menjaga prosedur operasi standard (SOP) di samping membantu dalam usaha pemulihan negara.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak terutama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) serta rakyat keseluruhannya atas partisipasi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),”

Tamat