Calon untuk Pilihanraya Negeri Melaka sudahpun dipilih oleh PAS dan seterusnya mereka bakaL bertanding nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, berhubung dengan nama calon dan jumlah bilangan kerusi yang akan bertanding masih belum diputuskan.

Walaubagaimanapun untuk berdepan dengan PRN Melaka satu jawatankuasa induk dan jawatankuasa operasi telah ditubuhkan bagi merangka strategi menghadapi keadaan serta perkara berkaitan khususnya.

“Berkenaan dengan bilangan dan calon masih belum diputuskan lagi, tetapi buat masa ini kita telah menubuhkan jawatankuasa induk PRN yang akan diketuai Naib Presidennya, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“PAS akan mengambil alih dalam PRN cuma macam mana konsepnya itu belum diputuskan lagi. Jadi saya sebagai Setiausaha Agung boleh mengesahkan bahawa kita mengusahakan dan mengharapkan pelaksaannan PRN Melaka juga berteraskan muafakat sebagaimana kita di peringkat persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu kali ke-54 di Hotel Grand Rever View (GRV), di sini hari ini.

Namun, dalam perkembagan sama, beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan terus komited dan bersama dengan semua parti yang turut bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

Terahulu, DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju membuat keputusan itu.

Ia selepas Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat pembubaran kepada Tun Mohd Ali susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Empat bekas ADUN itu adalah Dato’ Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Dato’ Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Dato’ Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Dato’ Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Tamat