PASIR PUTEH – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II, YB Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, merangkap Ahli Parlimen Pasir Puteh telah menyempurnakan penyerahan 250 bakul makanan kepada petani dan usahawan termasuk persatuan pertanian serta penduduk Parlimen Pasir Puteh yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Sumbangan bakul makanan juga diagihkan kepada wakil barisan hadapan (frontliners) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Jabatan Bomba serta pegawai Majlis Daerah yang terlibat dalam mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), semalam.

Program tersebut dianjurkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Pejabat MARDI cawangan Pasir Puteh

Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri II turut menyerahkan bantuan sebanyak RM130,000 berbentuk sistem peralatan pengairan ladang kepada sepuluh orang petani, manakala dua peserta di bawah program Rezeki Tani MARDI menerima bantuan peralatan untuk membantu perniagaan dalam proses pengeluaran produk santan dan kerisik serta peralatan katering.

Majlis turut dihadiri ADUN Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Dato’ Haslina Abdul Hamid, dan Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani. Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.