Belum sempat reda isu pelancaran arak Timah, hari ini seorang warga Myanmar mati ditikam selepas bergaduh ketika mabuk sesama rakan sendiri.

Tak perlu sebut berapa banyak kerosakan air kencing syaitan ini merosakkan generasi manusia, cukup dengan berita tadi.

Hanya disebabkan mabuk menjadi punca seorang lelaki mati selepas ditikam bertubi-tubi di sebuah kilang di Mahsan di sini.

Sumber berkata, mangsa dipercayai mati serta merta di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat ditikam di beberapa bahagian badan.

Pemeriksaan di kilang berkenaan mendapati lima pekerja warga asing yang dipercayai terbabit dengan insiden itu sudah melarikan diri.

Cukup dengan berita itu, membuktikan wujudnya dajal-dajal yang memegang industri arak ini bagi memusnahkan tamadun manusia.

Ini bukan soal partisan, tetapi soal kesinambungan hidup manusia, mengelakkan berlakunya mudarat lebih besar.

Bayangkan sekiranya si Timah bebas ke sana sini, inilah mana nak diletakkan muka generasi kini kepada generasi muda seakan kita yang mempekenalkan arak kepada mereka.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Ts Khairil Nizam berkata, beliau menyeru kepada semua pihak sama ada ahli politik daripada PN, BN atau PH, para asatizah, para cendekiawan negara serta seluruh rakyat Malaysia agar marilah kita berganding bahu membanteras “sin industry” yang terbukti antara faktor merosakkan sahsiah masyrakat Malaysia.

“Sepatutnya isu ini menyatukan umat Islam bukannya memecahbelahkan lagi umat Islam. Hati-hati dengan perangkap musuh Islam!

Tamat