Pastinya semua umat Islam mengimpikan solat berjemaah dengan saf rapat seperti dua tahun lalu selepas apabila terpaksa berhadapan dengan SOP penjarakan sekian lama.

Oleh itu muzakarah khas akan bagi membincangkan kelonggaran bagi setiap aktiviti masjid dan surau serta solat berjemaah dengan saf rapat seperti dulu akan diadakan Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengkaji semula SOP berkenaan.

“Ini termasuklah cadangan agar prosedur operasi standard (SOP) dikaji untuk membolehkan susunan saf ketika solat berjemaah dapat dirapatkan kembali” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad.

“Semua ahli muzakarah yang terdiri daripada mufti setiap negeri serta ahli-ahli yang dilantik dalam kalangan pakar dijemput hadir bagi memperincikan SOP berkenaan.

“Saya percaya, satu kepuasan demi maslahah umum dapat dicapai dan berharap aktiviti di masjid dan surau, terutama sekali solat berjemaah adalah seperti sediakala dengan SOP tertentu” katanya.

Menurutnya agensi itu telah diarahkan dengan melibatkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Selain itu Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dijemput bagi memberikan pandangan mereka dalam muzakarah khas tersebut.

Langkah itu susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelmarin.

Muzakarah kali ini bertujuan untuk mendengar taklimat mengenai penilaian risiko semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan dan membincangkan perubahan SOP.

Kerajaan Arab Saudi juga mula membenarkan umat Islam di negara itu untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah dengan merapatkan saf selepas lebih setahun dijarakkan. Bagaimanapun, semua pengunjung Masjid Nabawi perlu memakai pelitup muka serta lengkap dua dos vaksin dan telah mendaftar dalam aplikasi yang ditetapkan.

Terdapat 6,465 buah masjid di seluruh negara dan Sabah paling banyak, iaitu sebanyak 1,072 buah. Manakala surau pula berjumlah 18,257 buah dan Selangor yang tertinggi, iaitu sebanyak 2,170 buah.

Tamat