Kekadang rezeki yang datang pada kita….
bagaikan sukar disudut pandang mata
namun tidak mustahil, kerana segalanya telah ternukil,
cuma kadang,ada yang awal dan cepat
terkadang jua hadirnya lambat dan lewat.

Kekadang rezeki yang datang pada kita…. bukan melalui pintu yg jenuh kita usaha
namun di sebalik pintu²
berkatnya doa dan bantu
kedua lnya ayah dan ibu,
keluarga,sahabat handai
juga mungkin jiran² yang ramai.

Kekadang rezeki yang datang pada kita….
melimpah dari apa yg kita duga
kita cuma terus usaha dan ikhtiar
namun Allah jua dengan rahmatnya
takdirkan sesuatu ada hikmah dan iktibar.
🤲🤲🤲

Pak Enal 2021 Rezeki Pagi Iringan Dhuha Berseni.