Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengaku secara bersemuka menggunakan empat jin bagi melindungi dirinya membuatkan golongan antivaksin tergamam.

Golongan antivaksin mula meroyan menyerang KJ dengan pelbagai dakwaan termasuk mengatakan menteri itu membela empat ekor jin melindungi dirinya.

Empat ekor jin yang dimaksudkan adalah gelang hitam yang dipakai oleh Khairy Jamaluddin pada tangan kiri.

“Salah, Saya guna 4 jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer, CanSino dan AstraZeneca,” katanya di laman sosial beliau semalam.

KJ mula mendapat tentangan hebat dari golongan antivaksin apabila menegaskan kerajaan tidak akan memudahkan kehidupan golongan antivaksin sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak mengambil vaksin tanpa sebab.

“Jika anda tidak boleh divaksin kerana ada masalah kesihatan, tidak ada masalah. Anda akan diberikan pengecualian di MySejahtera tetapi jika anda memilih untuk tidak mahu divaksin, kita akan terus menyusahkan hidup anda.

“Tidak boleh makan di kedai makan, tidak boleh ke pusat beli-belah dan saya akan lakukan strategi secara menyeluruh minggu depan, di mana anda mungkin perlu membuat ujian air liur yang tidak akan dibayar oleh kerajaan,” katanya. 

Tamat