Kerajaan bakal memberi lagi rebat elektrik kepada rakyat dalam usaha mengurangkan kesan pasca pendamik COVID-19 namun perkara itu bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu telah dibawa ke peringkat Kabinet namun keputusan mengenainya yang kini dinikmati 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“Jika sekiranya kewangan kerajaan mengizinkan, rebat ini mungkin diteruskan lagi. Kita tunggu dalam pembentangan Belanjawan 2022 nanti jika ada dan diluluskan Kementerian Kewangan.

“Kita harap ada berita baik,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Niat Inisiatif Solar di sini hari ini.

Menurutnya kerajaan mengumumkan pemberian rebat elektrik membabitkan peruntukan RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tamat