Melalui usaha kerajaan dalam mengekang penularan pendamik COVID-19, semua guru yang berhadapan dengan pelajar haruslah divaksin bagi menjamin keselamatan pelajar.

Namun, segelintir mereka sekitar 2,000 guru enggan divaksin menyebabkan mereka akan dipindahkan bagi memudahkan penjagaan keselamatan Dan kesihatan pelajar.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, mengikut rekod jumlah berkenaan kecil berbanding lebih 415,000 guru namun kesan ekosistem dan operasi sekolah cukup besar.

“Sebagai contoh untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), anak-anak istimewa ini mereka perlu berada rapat dengan guru-guru.

“Begitu juga kita ada keadaan di mana guru pra sekolah, pembantu murid pra sekolah yang tak nak divaksinkan,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatam Awam (JPA) sudah mengeluarkan kenyataan semua penjawat awam perlu mengambil vaksinasi sebelum 1 November.

“Sehubungan itu, guru-guru berkenaan perlu mengambil berat kenyataan JPA itu. Apapun kami tidak akan berkrompromi dengan perkara berkenaan.

“Jika perlu membawa keluar guru terbabit atau memindahkan mereka, ia akan dilakukan. Kita bukan mengugut tetapi perlu dilakukan kerana penting untuk operasi sekolah,” katanya.

Radzi berkata, dia berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) di semua sekolah yang dilawati dengan persediaan rapi sudah dilakukan.

Namun aspek pengudaraan yang baik dan optimum menjadi penilaian terbaharu pihaknya.

Tamat