Maulidur Rasul bukan hanya sekadar satu perayaaan cuti umum malah ianya satu konsep yang dapat kita pegang sebagai kaedah mengikat tali kesepaduan antara rakyat dan pemimpin.

Ini kerana kelahiran Nabi Allah Muhammad SAW membawa rahmat buat sekalian alam sebagai contoh terbaik untuk diikuti oleh sekalian umat manusia.

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, pengajaran termaktub melalui surah Al-Anbiya ayat 107, Rasullallah merupakan rahmat buat sekalian alam, melalui ucapanya Baginda, tingkah laku, peribadi, akhlah yang semuanya merupakan contoh terbaik.

Baginda bukan merupakan suami, bapa, peniaga, serta pemimpin yang hadir di tengah masyarakat menyelesaikan krisis akidah, kemanusiaan, akhlak sehingga wujudnya satu peradaban lengkap untuk diikuti.

Menurutnya Rasulullah SAW datang dengan membawa suatu peraturan hidup atau syariat sempurna. Ia bukan akalan manusia tetapi bersumberkan wahyu ditu runkan Allah SWT kepada penutup segala Nabi. Firman Allah SWT: “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang tidak mengetahui (perkara yang benar).” (Al-Jathi yah: 18)

Dalam masa sama, setiap syariat itu memastikan kebaikan kepada agama, nyawa,akal, keturunan serta harta benda dijaga rapi tanpa menolak hak-hak orang lain.

Oleh itu, semangat Maulidul Rasul ini seiring dengan semangat Keluarga Malaysia, agensi perundangan Islam perlu lebih kukuh bukan sahaja dalam urusan tarbiah sosial malah turun membantu impak ekonomi, pendidikan serta kekeluargaan.

Peranan agensi Islam kini jelas kelihatan dengan usaha kebersamaan dalam masyarakat sepanjang tempoh pendamik COVID-19 yang berlaku kini.

Pemantapan agensi meliputi kesihatan, mental, rohani dan jasmani, sistem pendidikan Islam, Institusi kekeluargaan, sosial dan komuniti serta sokongan institusi masjid serta sosioekonomi ummah.

Tamat