24 jam, sambutan Maulidul Rasul seakan begitu cepat berlalu, belum sempat rasanya melepaskan rindu kepada kekasih ini Baginda SWT.

Pengorbanan Baginda membawa pengenalan kepada cinta abadi. Alhamdulillah hari ini penulis mengajak semua menghayati sunnah pemakanan Baginda Rasullallah SWT.

RASULULLA SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad). Manakala Imam Al-Ghazali RA dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din menegaskan bahawa perut itu pada hakikatnya adalah sumber segala nafsu syahwat dan tempat tumbuhnya segala penyakit dan bencana.

Perut juga menjadi punca kepada penyakit sebagaimana sabda Baginda Nabi SAW: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” (Riwayat Ad-Dailami).

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan.

  1. Susu dengan ikan
  2. Cuka dengan susu
  3. Buah-buahan dengan susu
  4. Daun salad dengan ikan
  5. Bawang putih dengan bawang merah
  6. Daging segar dengan daging kering
  7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka
  8. Cuka dengan nasi
  9. Buah delima dengan serunding
  10. Telur dengan ikan.