Satu berita gempar apabila polis Australia mengesahkan merampas 450kg heroin bernilai RM431.8 juta yang dibawa masih oleh rakyat Malaysia dan ia merupakan rampasan dadah terbesar di negara itu menerusi satu siri sebuan.

Media tempatan melaporkan seorang warga Malaysia dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah yang ditemui dalam kapal membawa jubin seramik yang tiba dari Malaysia pada 29 September lalu.

“Heroin tersebut dikesan dalam kontena mengandungi jubin seramik yang dihantar dari Malaysia ke pelabuhan Melbourne,” kata Krissy Barret, Pesuruhjaya Pemerintah Selatan Polis Persekutuan Australia dalam sidang media.

“Namun, kami masih sedang menyiasat sumber asal heroin tersebut. Hasil pengesanan mendapati 12,090 bungkusan heroin dijumpai dalam kontena berkenaan.”

Dalam pada itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan berhubung jenayah tersebut.

Lelaki yang tidak dinamakan dalam kenyataan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne.

Suspek menghadapi hukuman maksimum penjara seumur hidup jika sabit kesalahan kerana mengimport dan cuba memiliki kuantiti komersial dadah yang terkawal.

Polis menganggarkan rampasan heroin itu berjaya menyelamatkan sebanyak 225 nyawa.

Tamat