Tiada apa yang lebih murni apabila sanggup berkorban diri sendiri demi menyelamatkan orang lain. Itu antara yang dapat digambarkan apabila seorang anggotaJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah dipercayai pengsan semasa melakukan kerja-kerja penyelamatan di Sungai Putat di sini pada petang tadi.

Wira berkenaan dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir, namun disedari anggota bomba lain sekitar jam 5.30 petang apabila beliau sedang memasang tali bagi membantu memindahkan penduduk keluar dari kediaman masing-masing.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membantu dan menyelamatkan mangsa ke tempat selamat.

Mangsa kemudian diberi bantuan awal pernafasan (CPR) dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut dengan menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Tamat