Hati seorang petugas Pusat Peraginan Felda Residence di sini semalam berdegup kencang apabila terlihat sang bedal berukuran lebih kurang tiga meter di dalam parit sekitar Wilayah Sahabat kelmarin.

Bimbang kejadian tidak dingingini pihak pengurusan pusat peranginan yang menyedari kehadiran buaya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap APM Sabah berkata, sebaik menerima makluman, sepasukan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan operasi terpaksa menggunakan perangkap tali untuk mengeluarkan buaya itu dari dalam parit saluran air.

“Usaha itu akhirnya berjaya pada jam 2.11 pagi dan APM menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk proses penyerahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, buaya tembaga itu seberat 300 kilogram dengan panjang 3.2 meter.

“Buaya berkenaan diserahkan kepada JHL untuk tindakan selanjutnya pada jam 2.30 petang semalam,” katanya.

Tamat