Biar siapapun yang menjadi rakan pimpinan mahupun lawan PAS tetap jelas dengan prinsip menolak arak dan judi secara terangan menjadi haram dalam Islam.

Setiausaha Majlis Syura PAS, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tiada sebarang pengecualian berkenaan arak dan judi dalam sistem ekonomi Islam.

“Pendirian PAS tentang judi dan arak adalah jelas sama ada ketika menjadi pembangkang apatah lagi ketika menjadi kerajaan.

“Hal ini kerana PAS adalah parti berprinsip berasaskan Islam. Selagi Islam menjadi dasar yang mengikat PAS, pimpinan dan ahlinya, segala isu berkaitan agama, politik, ekonomi dan sosial pasti ditekuni berasaskan prinsip Islam.

“Rakyat Malaysia mengetahui sikap dan pendirian PAS ini, hanya parti yang mesra pemikiran liberal sahaja yang cuba membuat provokasi. Rakyat pun tahu parti tersebut tidak berprinsip pun macam lalang,” katanya semalam.

Tamat