100 Keluarga nelayan Kampung Buntal, Sarawak disantuni oleh YaPIEM melalui Program Inspirasi Qaseh Kami : Foodbank YaPIEM 3.0 yang diadakan Masjid Darul Muttaqin tadi.

Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad berkata, Alhamdulillah, sebanyak 100 set Foodbank diagihkan kepada 100 keluarga terpilih yang bernilai RM11,000 dan dua keluarga telah dikenal pasti yang layak menerima sumbangan Program Inspirasi Prihatin YaPEIM yang berjumlah RM500 untuk setiap keluarga.

“Saya harapkan usaha efektif ini terus istiqamah agar bantuan kepada keluarga-keluarga ini dapat digunakan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Inilah gambaran yang menjadi inspirasi agensi Islam untuk merealisasikan impian Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera,” katanya ketika menyampaikan sumbangan buat mereka tadi.

Turut Hadir Tuan Haji Mohd Ridzal Mohd Sheriff, Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Hamdan Bin Jar’ee Pengarah Jakim Sarawak, Tuan Haji Amat Kassim Bin Pait, Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak, Tuan Awang Dulhadi Bin Awang Mat, Pengarah Pejabat YADIM Sarawak,

Menurutnya beliau bersyukur dapat sampai di kampung berkenaan yang majoriti penduduk berkenaan merupakan nelayan serta penggiat hasil laut.

“Saya bersama pasukan agensi Islam mengadakan program sebegini dalam usaha memberikan sokongan dan bantuan kepada umat Islam Malaysia amnya.

“Kita memahami keadaan sekarang Yang sedikit mencabar terutamanya pasca COVID 19 dimana kebanyakkan keluarga belum pulih dari krisis ekonomi pendamik berkenaan.

“Oleh itu, sokongan, bantuan dari segenap sudut, ekonomi, makanan, serta persiapan rohani amat kita titik beratkan,” katanya.

Tamat