Bertudung dan menutup aurat penuh menjadi satu kebangsaan buat pemain badminton kebangsaan Siti Nurshuhaini Azman, 17, apabila berjaya mengetuai kemaraan empat wakil Malaysia ke final badminton Terbuka Czech, awal pagi tadi.

Bukanlah menjadi satu alasan bagi Siti Nurshuhaini menempatkan diri dalam skuad kebangsaan Piala Uber buat pertama kali sehingga dapat menyingkirkan pemain India, Ananya Parveen dengan mata, 21-9, 21-10.

Diharapkan atlet muda ini, mampu menggoncang pentas dunia dengan final berdepan Putri Kusuma Wardani dari Indonesia dalam final perseorangan wanita malam ini.

Pada masa sama, tiga lagi wakil negara yang turut meneruskan cabaran di Brno adalah Ng Tze Yong, Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Anna Cheong-Teoh Mei Xing.

Melalui perseorangan lelaki, Tze Yong yang turun sebagai pilihan keenam tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Jason Teh Jia Heng dari Singapura 21-15, 21-14.

Menantinya dalam perlawanan akhir malam nanti wakil tuan rumah, Jan Louda.

Beregu lelaki, Wei Chong-Kai Wun pula menyingkirkan Egor Kholkin-Alexandr Zinchenko dari Rusia 21-14, 21-14 untuk menempah pertemuan dengan pasangan Singapura, Terry Hee Yong Kai-Loh Kean Hean.

Terry-Kean Hean terdahulu mara selepas mengalahkan satu lagi beregu muda negara,
Chia Wei Jie-Low Hang Yee 21-16, 21-19.

Dalam beregu wanita, Anna Cheong-Teoh Mei Xing menumpaskan pasangan Rusia, Anastasiia Boiarun-Alena Iakovleva 21-19, 21-8 untuk berdepan gandingan Indonesia, Febby Valencia Dwijayanti Gani-Jesita Putri Miantoro.

Febby-Jesita menumpaskan pasangan Malaysia, Go Pei Kee-Yap Ling 21-15, 21-10 di separuh akhir.

Tamat