Agensi yang menguruskan aset bekalan makanan negara seperti FAMA, berjaya meraih nilai jualan RM 122 juta memberi jaminan, Malaysia tidak akan mengalami sebarang krisis aset bekalan tersebut.

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ini kerana nilai berkenaan menjadi penanda aras, keselamatan makanan negara ini sentiasa berada di paras selamat.

“Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kadar import negara berkurangan tahun demi tahun.

“Antaranya kerajaan sedaya upaya meningkatkan pengeluaran beras negara dengan pendekatan program Smart Sawah Berskala Besar melalui pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontrak, sewaan dan sebagainya.

“Kita berjaya meningkatkan hasil padi 3.5 tan metrik per hektar kepada 7 tan per hektar. Insya-Allah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) akan memberi fokus kepada perkara ini,” katanya sebelum ini.

Dalam usaha menjana industri keperluan makanan negara, pihak kerajaan akan memastikan bekalan makanan sentiasa ada, serta mengelakkan kebegantungan kepada negara pengimport.

“Kerajaan telah menubuhkan lembaga ruminan negara bagi memastikan bekalan daging seperti lembu, kerbau dan kambing mencukupi di dalam negara.

“Selain itu dengan peningkatan fasiliti di kawasan pengeluaran makanan seperti jelapang padi, taman kekal pengeluaran makanan di samping kompleks atau jeti-jeti perikanan mampu meningkatkan pengeluaran hasil.

“Sokongan kajian juga menyumbang kepada penghasilan varieti benih berhasil tinggi, mempunyai daya rintangan penyakit dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim,” katanya.

Tamat