POKOK SENA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bergerak mengadakan pengisian Bulan Dakwah 2.0.

Program terbaharu mereka dilaksanakan di Penjara Pokok Sena di sini apabila sebanyak 100 kit Musa’adah disampaikan untuk penghuni pusat tersebut termasuk banduan reman Covid-19.

Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria kepada Pengarah Penjara Pokok Sena, Razif Jamil Kasim.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam penjara itu, Ustaz Muhammad Muaz Abu Bakar.

Penjara Pokok Sena menempatkan seramai 2500 penghuni.

YADIM sebelum ini telah beberapa kali menjalin kerjasama dengan penjara ini selain menyantuni penghuninya.