Keutamaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah bagi mendaulatkan kerajaan Islam dan bumiputera disamping menjamin hak mereka yang bukan Islam termaktub Di dalam kontrak sosial.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS harus bertindak sebagai pendamai di kalangan orang Islam supaya bersatu di antara satu sama lain.

“Nabi SAW menjadi contoh dengan menyatukan orang islam dahulu, Muhajirin dengan Ansar, Aus dan Khazraj, kemudian diajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem. Gagasan ‘Islam Memimpin’ yang telah kita bentuk mesti kita pertahankan.

“Dalam masa sama Assabiqun harus memainkan peranan untuk menjadi pendamai di kalangan orang Islam supaya bersatu di antara satu sama lain.

Tanggungjawab Assabiqun yang merupakan antara golongan berpengaruh untuk mendukung jentera kerajaan bagi mengisi dan melancarkan tugasan sebagaimana yang diperlukan,” katanya melalui Konvensyen Assabiqun di laman Facebook rasmi milik beliau.

Menurutnya walaupun ada di kalangan UMNO kini seakan tidak mahu PAS berkerjasama dengan Muafakat Nasional, PAS masih dengan pendirian sendiri, tidak menolak kedua-duanya.

“Ada di kalangan UMNO hanya mahukan PAS dengan UMNO, namun konsep PAS ialah membina gabungan Islam, Melayu Bumiputera.

“Dalam keadaan ini kita tidak putus dengan UMNO, dan tetap menjaga hubungan dengan Perikatan Nasional .

Oleh itu, kita dengan konsep prinsip slogan Islam Memimpin walaupun dibuat pelancaran slogan Keluarga Malaysia,” katanya semalam.

Menurutnya PAS mesti istiqomah semasa menjadi kerajaan bagi mendapatkan majoriti dua pertiga dalam kerajaan supaya dapat melaksanakan dasar dadar dan prinsip Islam katanya .

Tamat