Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) giat membangunkan program Kebun Komuniti dan Dapur Hijau bagi menggalakkan penduduk menjana pendapatan melalui pertanian.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kementerian sejak 2014 sehingga 2020 banyak membantu rakyat di bandar serta pinggir bandar melalui program berkenaan.

“Program ini menunjukkan satu perubahan besar terutamanya kepada golongan B40, statistik penyertaan seramai 165,207 peserta daripada 22,385 lokasi seluruh negara terlibat sama.

“Selain itu , kerajaan telah memperuntukkan RM 64.82 juta, dengan dengan penyertaan seramai 47, 938 individu, 42,442 komuniti, 23,135 institusi , 51662 sekolah.

“Alhamdulillah program ini mendapat perhatian serta sokongan daripada masyarakat pihak menyenaraikanya menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi, PENJANA 2020 bagi membantu penduduk,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya atas prestasi yang menggalakkan kerajaan peruntukan RM 10 juta membabitkan 23,100 orang 16,000 lokasi di seluruh negara

“MAFI melihat program ini memberi kesan jangka panjang kepada alam sekitar serta komuniti, oleh itu kerajaan menambah suntikan bantuan RM 30 juta , bagi program berkenaan dan mampu memberi manfaat kepada 39 680 orang

“Pada masa sama, dalam usaha memberi galakkan kepada rakyat melalui RMK 12, sebanyak RM 50 juta diluluskan untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Nik Muhammad Zawawi berkata, sebenarnya bagi menjalankan usaha pertanian kerajaan ada menyediakan geran, isentif untuk rakyat memulakan program berkenaan.

“Cara sistem hidroponik telah pun menjadi tunjang asas pertanian di negara maju, seperti di Jepun serta Belanda dan ianya dapat menjimatkan sumber tanah.

“Saya sendiri membuat projek hidroponik, hanya memeri ruang beranda lebih kurang empat kaki lapan kaki, dan mampu meletakkan 222 lubang tanaman yang bersamaan 222 jumlah kerusi Parlimen, dan hasilnya lumayan” ujarnya secara berseloroh.

Tamat