Nelayan, petani dan penternak mendapat tumpuan khas Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan bagi mengeluarkan mengeluarkan mereka dari kemelut COVID 19.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan menyediakan berbagai isentif tambahan khas buat petani dan nelayan bagi membawa mereka keluar dari kemelut berkenaan.

“Melalui peruntukan ada peruntukan tersedia bagi memberi hasil lumayan buat petani dan nelayan dan ianya terbuka kepada semua, namun kita beri keutamaan kepada golongan B40.

“Peruntukan itu termasuk geran isentif, program baja, racun, pukat nelayan, subsidi minyak utk nelayan pantai dan sebagainya.

“Saya percaya bantuan pertanian kepada nelayan pantai, daripada MAFI dilihat paling banyak merubah taraf hidup mereka, Alhamdulillah sangat menyentuh hati melihat nelayan pantai ini lebih berjaya,” katanya ketika sesi di Parlimen tadi.

Tamat