Situasi kini semakin getir, apabila kita lihat pemimpin tidak lagi mampu memberi tauladan yang baik kepada masyarakat. Inilah realiti yang berlaku kini.

Semalam sudah dilihat pemimpin bebas memaki penjawat awam hanya masalah banjir yang berlaku, bukankah adab pemimpin bertanya dulu masalah masyarakat ?

Setiausaha Majlis Syura PAS, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pemimpin harus mempunyai ciri-ciri tertentu bagi memimpin masyarakat.

“Sebagai hendaklah sentiasa memberi nasihat membimbing masyarakat ke arah kebaikan serta mempunyai budaya memaafkan orang lain.

“Selain itu pemimpin jugahendaklah sentiasa melakukan kebajikan untuk rakyat di bawahnya semaksimanya dengan penuh istiqamah tanpa henti kerana ia akan disoal di Hari Akhirat,” katanya melalui laman sosial rasmi Facebook milik beliau.

Menurutnya adalah mustahak bagi memilih pimimpin Islam kerana pimpinan orang beriman dibuat atas kerana Allah semata-mata.

“Laksanakanlah tugasan kepimpinan semaksimanya dengan penuh kesungguhan atas nama jihad di jalan Allah dan semata-mata kerana mencari redha Allah, bukan hanya untuk memuaskan hati manusia.

” Ini kerana manusia yang sentiasa tidak berpuas hati lantaran sifat hasad dengki dan iri hati atau kerana sifat tamak tidak pernah merasa syukur atas apa yang dimiliki,” katanya.

Tamat