Zionis semakin melampau, sudahlah dengan semua laluan pembelian makanan dikepung, kini bangsa haram itu menyekat nelayan Palestin dari mendapatkan sumber protein di Gaza.

Berbagai sekatan dikenakan kepada nelayan-nelayan tersebut yang tinggal di wilayah yang diapit dengan Israel dan Mesir dan kini berada di bawah penguasaan Hamas itu kini. Bagi mereka menangkap ikan di laut terbuka hanyalah sebagai satu ‘impian’ mereka.

Ini adalah kerana tentera laut rejim Zionis menguasai sepenuhnya perairan Gaza yang mempunyai pantai sepanjang 40 kilometer.Selain menjajah Gaza negara haram itu turut menetapkan zon menangkap ikan untuk nelayan-nelayan Palestin.

Selepas berbulan-bulan tenang selepas pertempuran antara Israel dengan Hamas pada Mei lalu, Israel memperluas zon kebenaran memancing kepada 15 batu nautika pada bulan lalu.

Namun, berdasarkan kepada Perjanjian Oslo yang ditandatangani pada tahun 1993, rejim Zionis hanya dibenarkan melarang nelayan-nelayan Palestin untuk tidak menangkap ikan melebihi dari jarak 20 batu nautika di Gaza. Namun Israel tidak pernah menghormati perjanjian tersebut.

Sebelum ini, ia melaksanakan had sekatan ke atas nelayan-nelayan di Gaza apabila mereka dibenarkan untuk melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak 12 batu nautika

Zon menangkap ikan itu kemudian dikurangkan kepada enam batu nautika dan tiga batu nautika sebelum diperluaskan kepada 15 batu nautika.

Walaupun zon menangkap ikan itu diperluaskan tetapi rejim Zionis menetapkan beberapa sekatan lain yang menindas nelayan-nelayan Palestin untuk menangkap hidupan laut di Gaza.

Nelayan semakin ditekan, hanya mampu bergerak sejauh beberapa kilometer dari pantai Gaza untuk menangkap ikan sardin. Lebih malang mereka tidak dibenarkan memasuki Gaza dengan menggunakan enjin bot yang moden.

Israel melarang penggunaan enjin moden atas alasan ia mungkin digunakan oleh para penyeludup di Gaza . Namun nelayan Gaza tetap bijak menggunakan enjin kereta Volvo bagi mendapatkan kelajuan serta menampung keperluan bot mereka.

Kuasa yang dikeluarkan enjin itu juga boleh menyebabkan lampu-lampu di botnya menyala bagi menarik kehadiran ikan-ikan sardin.

Terdapat juga sebahagian nelayan yang dihantui dengan perasaan takut untuk pergi terlalu jauh ke laut.Ini disebabkan terdapat insiden bot-bot pasukan keselamatan Israel melepaskan tembakan dan merosakkan jaring-jaring nelayan-nelayan Palestin.

Israel seperti biasa masih bersikap bacul dengan menghalang nelayan Palestin mendapatkan peralatan Alasan larangan itu dilaksanakan adalah kerana takut sonar tersebut digunakan untuk tujuan lain seperti membantu perjuangan pergerakan Hamas menentang Israel.

Tamat