Satu video tular membabitkan Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ pada penjawat awam.

Keadaan seperti hanya mahu menjadi hero filem Tamil apabila terus membuta tuli memaki dan memarahi staf Jabatan Perparitan Dan Saliran (JPS) di depan khalayak ramai tanpa memikirkan berkenaan maruah seseorang.

Nampak begitu rendah moral seseorang yang disebut sebagai Yang Berhormat, apabila dia sendiri tidak tahu menghormati orang lain.

Yang Dipertua, PAS Kawasan Kota Raja, Mohamed Diah bin Baharun berkata, Insiden Penjawat Awam diherdik oleh Exco Selangor secara terbuka amat dikesali dan mendukacitakan’.

Menurutnya insiden tersebut berlaku ketika Exco terbabit membuat lawatan ke lokasi banjir dalam kawasan DUN Kota Kemuning bersama beberapa pegawai penjawat awam selepas kejadian banjir.

“Seharusnya exco berkenaan mengambil maklum dahulu keadaan yang berlaku itu turut berlaku di lokasi lain, ataupun bertanya apa tindakan sepatutnya bukannya terus melepaskan geram amarah tak tentu hala.

“Ini kerana semua penduduk tahu hujan lebat yang berterusan selama lebih 4 jam pada 20 Oktober itu telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di keseluruhan kawasan rendah sekitar lembah Klang Dan Selangor.

_Exco Selangor tersebut melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap kerja-kerja dan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak PBT dan lain-lain agensi Kerajaan dalam usaha pencegahan banjir kilat yang telah berlarutan sekian tahun berlaku di kawasan terbabit” , katanya menerusi satu kenyataanya media semalam.

Situasi pemimpin seoalah gagal amat memalukan, tindakan seorang Exco Kerajaan Negeri mengherdik dan merendah-rendahkan pegawai-pegawai terbabit secara terbuka di lapangan dengan ungkapan-ungkapan yang tidak manis amatlah tidak wajar dan tidak beretika apatah lagi beliau sebagai seorang pemimpin kanan kerajaan negeri.

“Seharusnya dengar dahulu penjelasan dari mereka yang pakar dalam bidangnya bukannya melepaskan kemarahan sedemikian rupa tanpa mempedulikan penjelasan yang cuba disampaikan oleh pegawai-pegawai berkenaan kendatipun telah cuba ditenangkan.

“Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, kejadian hujan lebat berpanjangan dan fenomena air pasang adalah perkara yang perlu difahami dan dihadapi oleh kita semua. Apatah lagi bilamana negara kita telah pun memasuki musim tengkujuh yang berlaku saban penghujung tahun,” katanya.

Menurutnya exco yang tular dengan kenyataan tidak berasas dalam insiden rusuhan di kuil Sri Mariaman USJ Subang Jaya, dilihat beberapa kali tidak meletakkan rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan sebagai teras warga negara.

“Sebolehnya kalangan pemimpin kerajaan, rakyat dan penjawat awam hendaklah sentiasa bersabar dan berhati-hati dalam bertindak bagi menghadapi apa juga keadaan dan iklim yang tidak menentu sekarang ini,” katanya

“Sebagai rakyat kita perlu bijak memerhati dan menilai segala kerja buat dan tindak tanduk pemimpin yang kita angkat sebelum ini.

Tamat