Seorang wanita bukan warganegara dipercayai berbangsa Eropah, dengan angkuhnya memarahi pekerja di sebuah butik mewah di KLCC.

Menerusi sebuah video viral perkongsiaan @DFEfiercefun si ‘minah saleh berkenaan mulai berang apabila tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan kerana memakai topeng pelitup muka.

Alasan wanita berkenaan mahu memasuki premis berkenaan kerana mahu memulangkan beg tangan yang dibelinya kerana mempunyai kerosakan.

Tidak cukup setakat itu, wanita penjajah berkenaan melebalkan mereka yang memakai pelitup muka merupakan komunis, sehingga meminta keistimewaan sebagai ‘whiteman supremacy’ seakan dia perlu diberi penghormatan.

Namun tahniaah atas tindakan tegas pekerja butik itu yang tidak membenarkan wanita terbabit memasuki premis dipuji ramai, ini negara Malaysia, negara kita.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter turut mengesahkan perkara berkenaan.

“Apabila berada di Malaysia, sila pakai pelitup muka. Tidak kisahlah undang-undang di tempat lain.
“KKM Putrajaya sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak KLCC,” tulis beliau.

Netizen memuji ketegasan petugas berkenaan namun dalam masa yang sama, mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan tanpa pelitup muka.

Pelitup muka merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dikenakan apabila berada di luar rumah, dan undang-undang itu terpakai untuk semua penduduk Malaysia.

Foto & Video :@DFEfiercefun

Tamat