Kes ancaman bukanlah perkara baru, oleh itu semua umat Islam perlu mengembleng tenaga dalam menolak ideologi yang boleh menjadi jarum halus merosakkan akidah.

Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad berkata, semua pihak harus berkerjasama dalam usaha membela akidah umat Islam kini.

“Saya yakin usahasama berterusan dalam kalangan semua pihak dapat membendung segala tingkah laku sumbang di kalangan masyarakat kita.

“Oleh itu , semua umat Islam perlu menjadi mata dan telinga demi menyelamatkan akidah sesama kita. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada aktiviti ini dalam komuniti kita.

“Buat seluruh umat Islam, janganlah kita mudah terpengaruh mengambil jalan ‘ekspres’ dalam beragama. Tetapi bergurulah dengan guru yang mursyid dan hidup dalam komuniti yang baik. Moga Allah SWT memelihara kita dibawah Rahmat-Nya,” katanya semalam selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan (JAPAS) kali ke-18 tahun 2021.

Menurutnya beliau telahpun mendengar laporan daripada setiap Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) berkaitan isu-isu ancaman akidah yang berlaku di negeri-negeri serta tindakan yang telah diambil.

“Saya percaya semua pihak begitu serius untuk memastikan keluarga Malaysia, keluarga Sejahtera terselamat daripada ajaran-ajaran yang menyeleweng daripada Islam.

“Kebimbangan ini ditambah lagi dengan kes-kes yang melibatkan penganiyaan kepada mangsa yang tersalah langkah.,” katanya semalam

Tamat