Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan hajatnya bagi Parti Ikatan Domokratik Malaysia (MUDA) mencuba nasib Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Menurutnya MUDA akan berganding sama dengan Pakatan Harapan (PH) namun belum memberikan sebarang penjelasan lanjut.

“Rundingan masih berjalan dan kita akan umumkan (jumlah kerusi) yang akan kita tandingi nanti,” katanya pada sidang medianya di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Berkenaan dengan pengagihan kerusi Syed Saddiq belum memberi sebarang jawapan maklum, begitu juga dengan senarai calon yang bakal bertanding.

Umumnya semua tahu, MUDA adalah cebisan daripada mereka kononnya mahukan perubahan dalam politik negara walaupun struktur partinya agak bercelaru.

Tamat