Melihat kepada kebimbangan berlakunya kenaikan kes pendemik COVID-19, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atas larangan berkempen pihak Kementerian Kesihatan.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin dengan keputusan daripada pihak KKM kerana bimbang berlaku penularan wabak pendemik berkenaan.

“PAS yakin keputusan pihak KKM dan pelbagai pihak lain dilakukan atas kebimbangan meningkatnya kes covid. dan ia

“PAS juga meneliti terhadap larangan berhimpun, ceramah umum dan pelbagai bentuk kempen fizikal dalam PRN kali ini. Oleh kerana PRN ini adalah Pilihanraya negeri kedua selepas PRN Sabah dalam situasi pendemik covid yang masih belum selesai,” katanya melalui laman Facebook beliau semalam.

Menurutnya PAS bakal menggunakan segala pendekatan baharu dalam PRN kali ini untuk berkempen secara maya.

“PAS turut menggunakan pendekatan baharu dalam kempen PRN kali ini dan penggunaan medsos akan dimanfaatkan sepenuhnya.

“Kebimbangan kami ialah meningkatkannya berita palsu, fitnah dan maklumat salah yang dijangka akan memenuhi medsos yang ada.

“Lantaran itu orang ramai perlu melakukan Tabauyun, penyelidikan dan kajian terhadap setiap maklumat yang diterima. Pengundi juga diharap manfaatkan peluang yang ada bagi memastikan PH tidak kembali memerintah di Melaka,” katanya.

Menurutnya Majlis syura ulamak akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan beberapa perkara dasar termasuk penggunaan lambang dalam Pilihanraya Negeri Melaka, kelulusan sesaorang menjadi calon PAS disamping pembentukan muafakat politik.

“Sebagai badan tertinggi parti, Majlis Syura akan memandu parti dalam membuat keputusan melibatkan dasar parti, manakala proses pelaksanaan yang melibatkan soal strategi, kempen, proses pelaksanaan dihari mengundi akan diurus oleh pelbagai agensi dalam parti,”

Tamat