PAS sentiasa mengambil langkah berwaspada dan bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presidennya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, segalanya terpulang pada MKT UMNO semalam.

“Apapun keputusan MKT Umno pada Khamis ini akan menentukan segalanya seperti jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh PAS, bentuk muafakat politik dan penyusunan jentera pilihan raya,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

“Walaupun PAS menegaskan bahawa perlunya ketiga-tiga parti yang mendukung kerajaan Persekutuan sekarang dikekalkan dalam menghadapi PRN Melaka.

“Sepatutnya semua perlu melihat kepada kesatuan ummah, agama dan bangsa Beliau menambah, kerana sebarang berita perpecahan tentunya akan menjadi berita gembira bagi PH,” katanya.

Namun, tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, PAS bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sebelum ini, beliau berkata, PAS masih melakukan rundingan bersama Umno dan Bersatu dalam usaha mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRN Melaka.

Menurutnya, rundingan tersebut amat penting bagi menyatukan kerusi-kerusi pengundi Melayu Islam membabitkan kedua-dua parti itu dalam PRN berkenaan.

“Kita cuba elak tiga penjuru, rundingan sedang berjalan. Kita akan usahakan untuk meminimumkan pertembungan. Kalau mungkin satu dua kerusi itu tidak boleh elak, kita akan hadapi.

“Tetapi sekurang-kurangnya jangan terlampau banyak pertembungan tiga penjuru di antara PAS, Umno dan Bersatu kerana semua mengakui pertembungan akan merugikan. Insya-Allah kita akan teruskan rundingan muafakat, pasti ada jalannya,” ujarnya. –

Tamat