“Pada kali ini kita pilih calon-calon muka baharu terbaik. Ini tidak bererti yang lama tidak baik, mereka baik-baik. Saya yakin yang lama akan beri peluang kepada anak-anak muda untuk diketengahkan,” itu kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, melalui Pelancaran Jentera BN PRN Melaka, malam semalam

Menurutnya proses itu terpaksa bagi memenuhi keperluan rakyat negeri itu selain tuntutan ‘pengubah keadaan’ politik semasa.

“Tentu juga saya yakin MCA akan lakukan yang sama… MIC juga tidak ketinggalan. Kita akan lakukan pendekatan baharu, satu ‘game changer’ akan kita lakukan,” katanya pada majlis yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).


“Malam tadi kita adakan mesyuarat presiden-presiden parti. Oleh kerana tinggal empat parti sahaja dalam BN, sebagai Pengerusi BN saya menghargai komitmen mereka.

“Selain daripada UMNO ada tempat untuk calon MCA, ada tempat juga untuk calon MIC. PBRS pula akan pastikan bahawa orang Sabah yang tinggal di Melaka akan terus mengundi BN,” katanya semalam.

Menurutnya ia berdasarkan kaji selidik yang dijalankan dan segala kekecewaan itu akan ditebus semula bermula pada PRN kali ini.

Zahid yang juga Presiden UMNO, ketika berucap, sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak akan bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRN Melaka.

PRN Melaka dianggap penting bagi BN kerana ia disifatkan sebagai cerminan sebenar masa depan parti itu dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tamat