Ramai menunggu perbentangan budget tahuan 2022 tahun ini seakan mahu tahu nasib untung rugi selepas dilanda tsunami ekonomi peringkat keluarga, sehinggalah negara.

Budget ini diharapkan mampu membelah badai turun naik krisis selepas pasca COVID 19 menyebabkan kejatuhan hampir semua sektor.

Ia merupakan belanjawan pertama yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menjelaskan mengenai Bajet 2022, Tengku Zafrul berkata fokus pada tahun hadapan adalah lebih mencabar di mana fokus utamanya adalah memulihkan ekonomi negara yang ‘tertangguh’ pada 2021.

Berikut merupakan intipati Belanjawan 2022 yang bertemakan, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”.

• Bajet kali ini mendokong Tiga Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

• Bajet 2022 akan menyediakan sejumlah RM 332.1 bilion, dengan RM 233.5 bilion bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM 23 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19. Sejumlah RM2 bilion turut disediakan untuk simpanan luar jangka.

Fokus Pertama: Rakyat Yang Sejahtera
Strategi 1: Memulih kehidupan dan mata pencarian

• Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak RM2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM 2,500 ringgit sebulan.

•Bantuan tambahan sebanyak RM500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 ringgit.

•Bantuan tambahan sebanyak RM300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu ata bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

•Kerajaan menyediakan RM25 juta ringgit kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak yatim.

•RM32.4 bilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

• Tambahan RM4 bilion untuk meneruskan agenda menangani Covid-19 yang merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi, manakala RM2 bilion disediakan bagi meningkatkan kapasit fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan.

• Kerajaan bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19.

• Kerajaan menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas.

• Kerajaan bercadang untuk memberikan pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

• Kerajaan akan memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia seperti lisosomal.

• Kerajaan bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula

• Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

• Menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10 ribu pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun

• Meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM 100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian.

• Peruntukan RM 70 juta ringgit bagi terus memastikan isu kesihatan mental ini diberi keutamaan

Menerusi Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM52.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Peruntukan RM52.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sementara itu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal diperuntukkan sejumlah RM14.5 bilion.

• RM1 bilion diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM140 juta kepada Jakim bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar.

• RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

• Menaik taraf sekolah-sekolah daif dengan peruntukan dinaikkan kepada RM746 juta.

• RM50 juta antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

• Meneruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM 400 juta.

• Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400 ribu guru sekolah di bawah KPM.

• Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40, bakal memanfaatkan seramai 600 ribu siswa-siswi.

• Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

• Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022

• Bagi memperkasa bidang TVET, Kerajaan menyediakan RM6.6 bilion untuk melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi-agensi berkaitan.

• Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) akan menjamin penyediaan 600 ribu peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.

• Kerajaan melalui Perkeso akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja dengan sasaran 300 ribu orang dan peruntukan RM2 bilion.

• Inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme atau MySTEP akan diteruskan dengan menawarkan 80 ribu peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50 ribu pekerjaan dalam sektor awam dan 30 ribu pekerjaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mulai Januari 2022.

• Bajet 2022 menyasarkan 220 ribu pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion.

• Pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023.

• Mereka yang mengambil kursus dengan badan-badan profesional yang diluluskan layak mendapat pelepasan cukai ke atas yuran sehingga RM 7,000

• Melanjutkan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang memberi biasiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan diperluas kepada semua bidang pengajian.

• Menerusi Program Baucar Perlindungan Tenang, penerima bantuan B40 layak menerima baucar RM75 ringgit untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

• Baucar boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

• Skim MySalam diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

• Inisiatif i-Saraan dilaksanakan bagi menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk hari persaraan melalui caruman KWSP.

• Perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman ke KWSP dan Perkeso, Kerajaan menyediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia khusus untuk manfaat mereka hingga umur 55 tahun.

• Kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan dinaikkan daripada RM475 kepada RM550.

• Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM350 ringgit dan skop pelepasan bagi caruman Perkeso turut diperluas meliputi caruman pekerja melalui Sistem Insurans Pekerjaan.

Strategi 2: Membangun sebuah keluarga Malaysia.

• RM11.4 bilion ringgit disediakan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera.

• Bagi menggalakkan penyertaan belia Bumiputera dalam melaksanakan projek-projek berskala kecil perolehan Kerajaan, sebanyak RM200 juta akan disediakan.

• Kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion ringgit bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

• Dana permulaan sebanyak RM10 ringgit bagi memulakan inisiatif Wakaf Halal PKS, Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana

• RM200 juta disediakan khusus untuk kaum Cina. Peruntukan ini antaranya untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru dan lain-lain.

• RM145 juta ringgit untuk kaum India antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN.

• RM274 juta diperuntukkan untuk Orang Asli antaranya bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli

• Geran RM6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT)

• Mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.

• Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.

• RM30 juta untuk menyediakan kemudahan taska di bangunan-bangunan Kerajaan

• Melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3 ribu bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.

• RM13 juta khas untuk memperkasa Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia bagi Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, termasuk pewujudan 100 perjawatan baharu.

• Edaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40.

• Lebih RM11 juta disediakan sebagai subsidi ujian mammogram.

• RM635 juta khusus untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

• RM24 juta untuk Program Community Feeding, Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan, menubuhkan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit

• Belia yang menceburi bidang keusahawanan pula, pelan pembiayaan sebanyak RM150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.

• Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

• RM159 juta bagi membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara.

• RM20 juta disediakan bagi pembangunan e-Sukan

Strategi 3: Membina kehidupan yang kondusif

• RM 200 juta untuk membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barangan asas ke kawasan luar bandar.

• KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada 9 peratus sehingga Jun 2022

• Meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dengan nilai keseluruhan RM1.5 bilion.

• Jaminan sehingga RM2 bilion ringgit kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig membeli rumah.

• Subsidi RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara untuk manfaat penduduk setempat.

• RM80 juta sebagai Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti dan RM115 juta bagi inisiatif pas perjalanan bas dan rel tanpa had.

• Lebih RM2.5 bilion untuk projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 519km.

• RM382 juta bagi bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif.

• RM485 juta untuk bekalan elektrik luar bandar.

• RM107 juta bagi memasang 7 ribu unit Lampu Jalan Kampung.

• Peruntukan kepada Kementerian Pertahanan sebanyak RM16 bilion, dan RM17 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri.

• Pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga).

• pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.8 bilion akan disediakan melalui pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank, BSN, Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia.

• Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dengan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas.

• Sejumlah RM14.2 bilion dana tersedia untuk PKS.

• Melanjutkan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis sehingga RM300 ribu sehingga 31 Disember 2022.

• Dana khas pelaburan strategik sehingga RM2 bilion ringgit disediakan bagi menarik pelaburan asing strategik.

• Peruntukkan RM25 juta ringgit untuk meneroka pelaburan berimpak tinggi dan dan pasaran eksport baharu melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan.

Fokus 3: Memulih sektor-sektor tumpuan

• Peruntukkan RM1.6 bilion untuk Pelaksanaan Program Subsidi Upah bersasar kepada pemain industri pelancongan, bantuan khas kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan, penyelenggaraan infrastruktur pelancongan, geran padanan bagi tujuan pembaikan kepada 738 hotel bajet, dana galakan bagi tujuan aktiviti promosi serta galakanpelancongan domestik dengan peruntukan RM60 juta.

• Pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

• RM188 juta ringgit disediakan antaranya untuk meneruskan pelbagai inisiatif seperti Dana Kandungan Digital, projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem, program Perkasa Modal Insan dan perlindungan Perkeso kepada golongan artis.

• Pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan dengan peruntukan RM1.7 bilion.

• Inisiatif bagi meningkatkan jaminan bekalan makanan berjumlah RM120 juta.

• RM 1.3 bilion ringgit disalurkan kepada Felda bagi tujuan pakej pemulihan dan pembangunan peneroka, RM495 juta untuk manfaat peserta Felcra dan RM699 juta untuk kemajuan pekebun kecil di bawah Risda.

• Meneruskan Bantuan Musim Tengkujuh dengan peruntukan RM190 juta.

Fokus 3: Ekonomi yang makmur dan mampan

• RM 450 juta ringgit kepada pelbagai kementerian untuk melaksanakan beberapa inisiatif antaranya seperti projek pemeliharaan alam; memperkasa penglibatan komuniti tempatan, veteran tentera dan Orang Asli; antuan bagi kos operasi zoo; geran sokongan bagi menyokong peranan World Wildlife.

• Sukuk Kelestarian sehingga RM10 bilion ringgit untuk disalurkan kepada projek sosial atau mesra alam yang layak.

• Peruntukan khusus berjumlah RM260 juta iaitu RM20 juta bagi setiap negeri akan disediakan bagi memfokuskan kepada projek berkenaan jaminan makanan, pelancongan serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

• Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukkan masing-masing RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

• RM700 juta untuk meneruskan usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 buah sekolah terutamanya di luar bandar.

• Kerajaan akan meluaskan perkhidmatan klinik bergerak oleh Hospital Pengajar Universiti.

• 20 buah kaunter bergerak JPJ khusus untuk manfaat penduduk pedalaman.

• 100 kiosk dengan fasiliti lengkap komputer akan disediakan di UTC.

• Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700, dan RM350 kepada sejuta pesara kerajaan.

Tamat