Seorang wanita yang tular sebanyak dua kali di media sosial akibat tidak mahu memakai topeng pelitup muka di KLCC dan Bangsar akhirnya menerima habuan selepas dikompoun sebanyak RM 3000.

Itu pengajaran yang diterimanya selepas tidak mengengendahkan undang-undang negara ini selain tidak menghormati adat budaya orang lain.

Susulan kelakuannya yang mengingkari prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, wanita yang digelar ‘Karen’ dalam kalangan netizen dihalang memasuki butik ternama berkenaan.

Tidak sekadar itu, dia juga dikatakan melakukan perkara yang sama di sebuah pusat membeli belah di Bangsar.

Keengganannya untuk memakai pelitup muka menyebabkan timbul pertengkaran dengan pihak kawalan keselamatan bangunan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, wanita berkenaan dikatakan sudah dikenakan kompaun.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dua kompaun yang dikeluarkan tersebut terdiri daripada kegagalan mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas manakala kesalahan kedua pula disebabkan tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan dalam memakai pelitup muka di dalam premis.

Wanita yang bukan warga Malaysia itu telah dikenakan kompaun berjumlah RM3,000 di mana setiap satu kompaun berjumlah RM1,500.

Tamat