Yayasan Wakaf perlu seiring bantu usaha tingkat kemajuan masyarakat serta negara melalui tingkatkan kesedaran awam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semasa persidangan Perlimen tadi, menjelaskan perlunya pihak kerajaan tingkatkan kesedaran awam berkaitan keperluan wakaf.

“Wakaf kini perlu diwujudkan di seluruh negara, ianya dapat membantu semua orang dalam usaha memberi kebaikan kepada masyarakat melalui sumbangan dana peribadi.

“Institusi Wakaf Negara perlukan pendekatan lebih agresif termasuk peruntukan peruntukan daripada Kerajaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat, korporat dan sebagainya.

“Islam mengajar wakaf pertanian, Makin bukan setakat wakaf pertanian, wakaf ini konsepnya luas, boleh jadi wakaf perumahan, wakaf hospital, wakaf persenjataan untuk kelengkapan pihak tentera, wakaf belia, padang awam, wakaf kompleks perniagaan, serta binatang ternakan,” katanya semasa di Parlimen hari ini.

Menurutnya wakaf ini dapat dibangunkan sebagai medium pendanaan negara dengan cara tertentu.

Sementara itu, Dr Khairuddin turut mengucapkan terima terima kasih kepada pihak kerajaan dalam usaha membantu anak anak yatim akibat Covid-19.

“Selain daripada Dana sebanyak RM 25 juta buat anak anak yatim, kerajaan turut perlu memberi bantuan khas buat penjaga merka seperti datuk dan nenek mereka bagi meringankan beban waris berkenaan.

“Selain itu, pihak kerajaan diminta untuk memberikan potongan khas cukai kepada waris yang mengambil alih tugas menjaga anak yatim berkenaan dalam usaha mengimbangkan ekonomi keluarga berkenaan.

“Korporat juga disarankan bagi membantu anak anak yatim ini dengan sumbangan terus kepada rumah anak yatim dan diberi kelonggaran cukai,” katanya.

Tamat