Hati mana tidak tersentuh apabila melihat orang kurang upaya merintih kesakitan lantaran kencing manis dan sakit buah pinggang yang dihadapi.

Lantaran itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terus bergegas menziarahi Azmi Abdul Rahman dengan harapan dapat membantu sebanyak mungkin.

“Melihat kepada keadaan Azmi, dia kini tidak dapat bergerak kerana penyakit yang dihadapi semakin kritikal.

“Kita akan terus membantu Azmi dan keluarga dari segi bantuan barangan keperluan dan pada akan melihat kepada keperluan perubatan dirinya.

“Pada masa sama, kita akan terus memantau keadaan kesihatan beliau supaya dapat terus hidup dalam keadaan sesempurna mungkin,” katanya.

Hadir sama Turut hadir dalam ziarah tersebut, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin, Setiausaha Politik, dan En. Azmi Mokhtar, Pegawai Perhubungan Parlimen Kuala Nerus (Dun Seberang), serta pengerusi JPKK Sepetir Rendang.

Pada masa sama, wakil keluarga, mengucapkan terima kasih dan mensyukuri pemberian itu.

“Alhamdulillah, kami sangat gembira menerima kedatangan Dr Khairuddin dalam program ziarah ini, Alhamdulillah sedikit sebanyak pemberian yang ada dapat meneruskan keperluan.

“Kami juga akan terus membawa Azmi untuk pemantauan kesihatan di hospital,” katanya.

Dalam masa yang sama, beberapa individu yang uzur dan kurang bernasib baik diziarahi di sekitar Kampung Sepetir Rendang bagi menyantuni mereka.

Tamat