Konsep kerjasama kepada jemaah akan terus dipegang PAS walaupun Umno dikatakan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebaliknya berpegang pada asas kerjasama ketiga-tiga parti dalam gabungan yang dimeterai sebelum ini.

Namun katanya, sekiranya Umno tidak mahu bekerjasama dalam PRN Melaka ia terpulang kepada parti itu.

“PAS tetap akan berkejasama dengan semua parti. Malah kita (PAS) berpegang pasa asas kerjasama tiga parti PN dan bila ada parti yang tidak mahu kerjasama terpulang kepada mereka.

“Apabila sebut tentang kerjasama maka mesti akan berlaku pemberian kerusi antara parti-parti sama ada Perikatan Nasional atau Muafakat Nasional bahkan di Melaka bukan sahaja melibatkan PAS, Bersatu dan Gerakan,” katanya pada sidang media Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini hari ini.

Haji Hadi berkata, pilihan boleh dibuat, oleh itu , perlu Ada ketegasan dan keadilan dalam pbahagian kerusi di DUN.

“Itu persoalan andaian, kerana keadaan boleh berubah, jadi sikap kita tegas dengan pembahagian yang adil dalam kerjasama PN dan pembahagian kerusi akan dimuktamadkan apabila berlaku penamaan calon.

“Kita juga menerima maklumat Umno akan meletakkan 28 calon, namun kena kembali kepada konsep kerjasama dan mengikut mandat mendukung PN, malah PAS juga bersetuju menggunakan simbol PN pada PRN Melaka,” katanya

Tamat