Kali ini bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee akan bertanding disebabkan melaksanakan tanggungjawab berkhidmat demi rakyat dan bukan lagi isu ‘ Juara Tembak Babi’.

Beliau mengesahkan beliau akan bertanding atas tiket bebas bagi mempertahankan kerusi tersebutpada sidang media di Bilik Gerakannya di Peringgit di sini pada Ahad.

“Saya tidak hilang daripada radar. Hari ini saya muncul. Selama ini bukan saya tak nak bercakap. Saya tak mahu bercerita soal politik, saya lebih pada rakyat.

“Saya ingin teruskan usaha bantu rakyat Melaka. Borang sudah diisi, sudah bayar deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, dan kepada pihak berkuasa tempatan. Pencadang dan penyokong juga sudah ada,”katanya.

Pada masa sama, beliau turut mendedahkan telah menolak tawaran daripada lebih empat parti yang ‘melamarnya’ untuk bertanding atas tiket parti berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti yang terlibat.

“Saya yakin atas tiket bebas, 80 peratus saya boleh menang. Saya tidak cakap kosong, kerana selama tiga tahun lebih saya turun padang berkhidmat untuk rakyat, menjiwai rakyat.

Tamat