“Tetapi tiba-tiba memgumumkan Umno dan BN nak bertanding semua kerusi. Bagaimanapun saya berharap PRN Melaka bukan satu medan pengukur pada PRU15″ itu kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Semua tidak menjangka Barisan Nasional (BN) dan Umno mengumumkan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRN Melaka.

Menurut beliau PAS mengakui parti itu agak kecewa kerana terpaksa bertembung dengan parti gabungannya sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Sebenarnya perbincangan tersebut ambil masa yang panjang bahkan saya boleh sebut inisiatif yang dibuat semua pihak sangat positif di peringkat awal,”

“Malah saya turut berharap masing-masing dapat bertanding dalam konteks menjaga prosedur operasi standard (SOP) memandangkan negara masih belum bebas dari Covid-19,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 di Duyong Marina Resort di sini, petang semalam.

Tuan Ibrahim berkata, Perikatan Nasional (PN) cuba berunding bagi mengelak pertembungan dengan BN, namun keputusan untuk bertanding di semua kerusi membuatkan gabungan PN tidak mempunyai pilihan.

Ketika ditanya sama ada rundingan akan dilakukan, beliau menyifatkan sudah terlewat perbincangan ke arah itu memandangkan BN sudah membuat keputusan.

“Daripada segi undang-undang selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum umum, ia masih lagi di peringkat cadangan pencalonan tetapi apabila SPR umum baru tidak boleh tarik diri.

“Tapi (apabila) parti-parti sudah umum, saya fikir masing-masing sudah mula bekerja dan semua calon sudah hadir. Malah mereka juga tahu berhubung pencalonan itu,” ujarnya.

Beliau turut menjangka pertembungan pada PRN itu bukan hanya tiga penjuru mungkin menjadi empat atau lima penjuru.

Tamat