Satu video klip tular menunjukkan seorang calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying yang tidak mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Ianya seakan sungguh memalukan kerana tidak mampu menjawab soalan wartawan dengan bahasa kebangsaan. Berdasarkan video yang berdurasi 58 saat tersebut, Hui Ying ditanyakan beberapa soalan dalam bahasa Melayu oleh pengamal media namun tidak dapat dijawab.

Melalui satu ciapan @Gang_Utara di Twitternya memaklumkan, Hui Ying merupakan bekas pelajar di Puey Fong High School Melaka iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina, UEC yang bukannya bersekolah di sekolah kebangsaan, semestinya tidak mempunyai jiwa sebagai rakyat Malaysia.

Berdasarkan sumber, Hui Ying juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pertuturan di Universiti Shih Hsin, Taiwan.

“I will try my best (saya akan cuba yang terbaik),” respon beliau ketika ditanya soalan bagaimana ingin bersaing dengan senior di dalam politik ini.

Menurut pengguna Twitter, @meldflique, tidak seharusnya negara untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang tidak reti bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Ia umpama kontrak sosial dahulu yang langsung diinjak-injak (dipijak),” ujarnya.

Kini terpulang kepada pengundi untuk membuat pilihan, samada memilih mereka yang jiwanya masih di tanah besar China mahupun memilih mereka yang berdiri di negeri Hang Tuah ini.