Walaupun sudah diingatkan beberapa kali, namun kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu seakan tidak diambil endah oleh ahli politik, termasuk calon pemimpin Pilihanraya Negeri.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, seharusnya mereka yang mahu menjadi pemimpin di negara ini perlu fasih sepenuhnya.

Ini kerana masih takkanlah mahu dibayangi dengan imej UEC dan Dong Zhong sedangkan mahu menjadi pemimpin di Malaysia ?

“Usahkan calon PRN yang dilihat gagal berbahasa Melayu, pemimpin yang di Parlimen sekarang pun masih agak ramai yang “gagap”.

Saya pernah menulis banyak kali tentang “gagap” bahasa Malaysia ni. Sebagai pemimpin tidak wajar bahasa Melayu tidak di pertuturkan dengan baik meskipun bukan berbangsa Melayu kerana bahasa Malaysia telah menjadi bahasa kebangsaan.

“Bangladesh yang baru 6 bulan di Malaysia lebih fasih daripada mereka kerana sentiasa bergaul dengan masyarakat yang bertutur bahasa Malaysia,” katanya.

Tamat