Pemilihan Dewan Ulama Negeri akan diadakan sekali lagi bagi membuat bagi memastikan semua negeri menghantar perwakilannya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, adalah perlu untuk beliau menjelaskan perkara ini supaya semua perwakilan negeri dapat menghantar wakilnya.

Setakat ini hanya lima negeri sahaja yang membuat Muktamar di peringkat negeri serta di peringkat bahagian.

Perlu untuk diingatkan walaupun tiada pilihan di peringkat bahagian, namun mereka tetap boleh menghantar wakil untuk ke muktamar peringkat negeri.

“Dalam Pelembagaan PAS perkara fasal 47 , dalam itu menyebut hendakkah tidak boleh mana-mana arahan menyekat Dewan Ulama PAS negeri hendakkah mengadakan muktamarnya sendiri sekali dalam setahun.

Menurutnya melalui peruntukan perlembagaan, tiada sebarang pihak yang boleh menyekat mana-mana negeri untuk mengadakan muktamarnya walaupun tiada Dewan Ulama Bahagian.

“Oleh itu , PAS Pusat mengambil ketetapan kita tidak membatalkan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat sebaliknya mengarahkan supaya agenda pemilihan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Pemeriksa Kira-Kira ditangguhkan.

“Ini amalan biasa, kadang-kadang apabila kewangan kita tidak selesai, kita tangguhkan dahulu, dan ini dibenarkan oleh Pelembagaan.

“Oleh itu Dewan Ulama PAS negeri-negeri yang belum sempurna diarahkan untuk membuat muktamar mereka, melainkan lima negeri yang sudahpun siap.

“Kemudiannya Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Khas perlu diadakan bagi menguruskan agenda pemilihan jawatankuasa kerja, Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Pemeriksa Kira-Kira.

Menurut beliau, pihaknya telahpun merujuk kepada Majlis Syura Ulama, Dan Dewan Ulama PAS Pusat hanya hadir sebagai pemerhati tanpa tidak boleh mengundi.

Tamat