Dunia semakin tenat apabila kemanusiaan semakin hilang. Empat abang sepatutnya melindungi si adik berumur 13 tahun tergamak merogol adiknya secara bergilir-gilir sejak lebih tiga tahun lalu.

Si abang memang haiwan, dan perbuatan berkenaan dilakukan di sebuah rumah di Bukit Kayu Hitam dan kini terbongkar selepas mangsa menceritakan episod hitam itu kepada ibu mangsa.

Sejurus laporam polis dibuat, pihak polis menahan empat beradik lelaki di sini, yang disyaki merogol adik sendiri sejak lebih tiga tahun lalu.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini dengan dua daripada suspek ditahan, 5 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati dua lagi abang mangsa turut terbabit dan mereka ditahan antara 1 hingga 4 petang semalam.

“Difahankan, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan semua suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Tamat