Amerika Syarikat seperti biasa cuba mengintip negara teluk Iran dengan dron miliknya namun dapat dipintas dan diberi amaran keras.

Sehubungan itu, tentera Iran memberi amaran kepada dron milik Amerika Syarikat yang cuba mendekati latihan perang Iran berhampiran muara Teluk, kata penyiar negara, IRIB pada Selasa.

Latihan tahunan itu berakhir pada hari Selasa, beberapa minggu sebelum penyambungan semula rundingan antara Tehran dan kuasa dunia itu untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015.

“Pesawat ini (drone RQ-4 dan MQ-9 AS) bagaimanapun menukar laluan mereka selepas menghampiri sempadan Republik Islam Iran berikutan pemintasan dan amaran tegas pertahanan udara Iran,” lapor IRIB.

Latihan itu meliputi kawasan dari timur Selat Hormuz ke utara Lautan Hindi dan sebahagian daripada Laut Merah. Kira-kira satu perlima minyak yang digunakan secara global perlu melalui laluan air strategik Selat Hormuz di Teluk.

Konfrontasi berkala telah berlaku antara tentera Iran dan tentera AS di Teluk sejak tahun 2018, apabila bekas Presiden AS, Donald Trump keluar daripada pakatan nuklear dan mengenakan semula sekatan keras terhadap Tehran.

Tamat