Bercakap soal SOP lebih mudah dipanggil sebagai Standard Operation Procedure, mahupun Procedur Operasi Standard orang ramai perlu mengikutinya supaya semua selamat.

Dalam usaha mematuhi SOP itu, perlulah wujud kesedaran dari dalam diri seseorang supaya pematuhan itu berlaku bukan hanya berlaku kerana paksaan tetapi dengan rela hati.

Objektif wujudnya pematuhan SOP bukanlah sengaja menghukum tetapi dalam ruang lingkup memberi didikan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, calon Perikatan Nasional (PAS) N09 Durian Tinggal Ja’afar Othman, singgah sebentar hadir ke Balai Polis Durian Tunggal untuk mengadakan perbincangan mengenai SOP semasa dalam kempen PRN pada kali ini.

“Saya bersama sahabat menerima layanan yang baik dari pihak polis dan dalam masa yang sama bersiratulrahim dengan anggota keselamatan.

“Kami akan memberi komitmen yang terbaik dalam mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan dan akan memberi kerjasama dgn pihak berwajib pada bila-bila masa yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya beliau berharap semoga Allah membantu para petugas di barisan hadapan menjalankan tugas mereka.

“Penyatuan Ummah, Cita-Cita Bersama Melaka Bertuah, Agama Bangsa Terbela”

“Penyatuan Ummah, Cita-Cita Bersama Melaka Bertuah, Agama Bangsa Terbela“

#penyatuanummah
#PerikatanNasional
#MelakamemilihPN